Bahaya - Madu Bahaya Untuk Bayi Anda


Madu bahaya kepada baby, saya pernah melihat anak saya ada siptom-siptom seperti ini, selepas hantar pengasuh, anak saya mengalami kurang minum susu, kurang makan, cirit birit dan sebagainya, hingga berlarutan 2-3bulan, anak saya tidak membesar seperti bayi yang sihat, saya tanya pengasuh tetapi pengasuh cerita tiada apa-apa, bila saya datang mengejut rupanya pengasuh bagi madu untuk baby saya, seorang baby tidak dapat menilai jenis makanan itu baik atau tidak, lagi-lagi madu yang rasanya manis-manis. Saya ingatkan anda jangan sesekali memberi madu kepada bayi anda.


Setelah membaca beberapa artikel dan mendapatkan keterangan lanjut dari seorang kawan saya; Pakar Nutrisi Pemakanan Kanak-kanak, barulah saya sedar bahawa madu sebenarnya tidak selamat diberikan kepada kanak-kanak dibawah 1 tahun. Semoga artikel yang ingin dikongsikan bersama ini dapat menukar pandangan kawan-kawan saya yang sama seperti saya sebelum ini bahawa madu tidak sesuai untuk bayi yang dibawah usia 1 tahun.

Kenapa?

Ini kerana madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.

Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.

Apa itu Botulism Bayi?

Botulism bayi itu akan menyerang sistem saraf dan akan menyebabkan bayi tersebut kabur pandangannya, kelopak mata tertutup sedikit (droopy eyelid) dan mengalami kesulitan semasa bernafas dan menelan air liur. Ia juga akan menyebabkan muntah2,cirit-birit dan sakit badan.

Kenapa bayi tidak diboleh diberikan madu?

Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini membiak. Apabila madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin. Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.

Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan. Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.

Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.

Apakah simpton-simpton botulism?

1. Simptom perut yg berbeza dari kebiasaan (unusual gastrointestinal symptom), berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy,weakness)
3. Kesusahan untuk mengawal kepala (loss of head control)
4. Pertukaran nada nangis (altered cry)


Kebiasaannya, simptom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam. Sekiranya bayi anda mempunyai simpton-simpton ini hubungi atau bawa bayi anda berjumpa dengan pakar kanak2 atau doktor anda. Ingat, sekiranya bayi anda tidak segera mendapatkan rawatan,simptom yang berlarutan boleh menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot pernafasan.

p/s: tetapi madu selamat diamalkan oleh orang dewasa ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.

Sumber dari: http://cyberclinics.org/

0 comments:

Post a Comment

ada lagi...

 

Followers

Popular Posts

Twitter Updates